Monday, January 4, 2010

Naik Sekolah 2010

Hari ni 04/01/2010:

Hantar baby gi taska 1st. Nanti menyibuk pulak c Penguin kecik tu kat sana. Settle baby hantar Dinie pulak gi tadika Al-Hannah Education Kids. Excitednya dia.Beg sekolah masih kosong lagi. Buku sekolah cikgu bagi esok kot.Tunggu petang nanti tanya perihal sekolah barunya.

Sementara menunggu pukul 12.30 tgh, update blog dulu.Cutilah katakan. Hari tu kat slip exam ada tertulis dia dapat masuk kelas 2 Usaha. Semua buku teks & buku tulis dah tulis nama kelas tu. Nampak gayanya kena tukar pulak. Ramai ibubapa berkumpul kat depan board kat kantin sekolah. Mama pun menyelit nak tau kot-kot ada update baru.

Nasib baik mama interframe kat board tu. Ada list kelas baru. Auni dapat kelas 2 Hazim.Kelas keberapa tu yek?? lepas settle bayaran, mama tanya cikgu kelas ni kelas ke berapa?. Sebagai ibubapa, kita nak tau jugak pencapaian anak kita setakat mana.Jawapan cikgu, emmm.... kelas no 1 KOT? Aik... jawapan atas pagar lah. malas nak kacau/tanya cikgu tu lah, kat belakang barisan yg menunggu masih panjang, kesian pulak. dah la nak tunggu angka giliran punyalah lama, ada je yg interframe yg mengacau cikgu tu, bertambah lame lah menunggu.

No comments:

Post a Comment