Sunday, August 9, 2009

Terima panggilan dari taska kata baby kena gatal2.Ingatkan gatal2 yang biasa, tapi bila doctor yang call tu kata serius, hah... bergegas balik selepas husband datang pick up. sampai kat taska, cuma kenal baju yg dipakai. muka dah bengkak.
Gambar: Bengkak dah kurang berbanding masa kat taska

Admitted kat KPJ Kajang pada 19 June, 2009. Hospital yg paling dekat kat rumah. Nasib baik ada insurance cover. Kalau tak perit jugak nak bayar bil. Yang kesiannya, doctor x dapat drip kat tangan (cuba 2 kali), kat kaki pulak, ada kesan 4 kali. Mama tak dapat nak tolong sebab kena tunggu kat luar je.
Esoknya doctor suruh buat fisioteraphy nak buang lendir2 yg dah banyak berkumpul. Mula2 baby suka sebab nurse2 dok melayan dia. Bila last part nak suck keluar, ha tu dia... dah keluar suara nyaring dia menangis.
Setelah 2 hari, baby dh beransur sihat. Dah boleh check out pada hari Ahad. Yeeeh.....




Sebelum majlis cukur jambul kat rumah atok Johor

Saturday, August 8, 2009

Flower Girl




Akhirnya apa yg diangan-angankan oleh puteri2 cilikku tercapai jugak. Cik Din dah tempah Si Auni & si Dinie jadi flower girl pd hari persandingan anak sulungnya pada 19 July 2009 di Dewan Risda Jln Ampang.

Punyalah nak cari baju flower girl utk diaorang, naik pening kepala. Kamdar, Sogo, Jusco. last2 jumpa kat carrefour. dah jumpa baju, accesoriesnya pulak. koyak jugaklah poket bulan lepas.

Orang Baru

Saat kelahiran yang dinanti-nantikan. Tanggal 15 January 2009, di labour room HKL, baby NURIN ELLYSHA DANIA selamat dilahirkan, setelah overdue selama 2 minggu. Kelahiran kali ini kena induce sebab kadar jantung baby masa tu tak stabil. Gambar ni diambil selepas 1 jam dilahirkan. Sementara menunggu husband datang, klik klik le kejap utk kenangan. Si kecik ni, keluar je dari rahim, pandang mamanya tak kelip2. Leganya rasa masa tu boleh kalahkan rasa sakit masa saat2 kritikal nak melahirkan.

Minggu pertama sibuk ulang alik ke Kelinik Kesihatan Semenyih, baby kena 'demam kuning'.Sian... 4 hari berturut-turut kena cucuk ambil sample darah. bila jea doctor kata bacaannya dah turun.. alhamdulillah.


Sekarang baby dah nak masuk 7 bulan, pipi dah melayut ditarik kakak2nya. menyelar dah laju. pakai walker kejap jek. kalau lama sikit, dia punya nangis, ya Allah, kuatnya...