Monday, April 5, 2010

Foundant


Kali pertama terlihat cute cup cake with foundant, rasa teringin gak nak buat. Puas la tercari2 resepi nak membuatnye, tu yg aktif malam2 bukak internet cari resepi. yg paling penting simple & senang utk mencari bahan2 mentah.

Pergi class anjuran BAGUS kat kajang. 1st time ikut class nk belaja buat cupcake & variation of cup cake topping. Walaupun basic nk buat tu dah ade, cuma nak tambah pengalaman & nk cari kelainan. Hand's on & teori, hasilnye x sama. Pernah cuba guna gula icing, rsa mcm x menjadi.

Nak sangat buat foundant yg menjadi, try masuk Youtube, tengok video making of Foundant, memang senang. Guna marshmallow ngan gula icing jek. Punya lah susah nk jumpa marshmallow, rsa mcm dh fedup dh. Tapi setiap kali nak belanja barang dapur, carik jugak lah kot2 ternampak marshmallow. Ajak hubby gi Kedai Kek kat serata Lembah klang, susah betul nk jumpanya. Akhirnye pencarian berakhir, jumpa kat Carrefour. Adoi aiii.... dh lah susah nk jumpa, kuantity pack yg dijual pun x banyak, dlam 2 3 paket je.

Ingat nak buat kelainan cket masa birthday Dinie & Dania pada Jan 2010. Hasilnya x mengecewakan. Anak2 pun suka.


Jumaat 2 apr 2010, ambil cuti 1 hari nak buat satu set of foundant cup cake khas untuk Ij dihari persandingannya pada Sabtu 3 April 2010. Start buat cup kek pukul 9 am lepas hantar anak2 pergi taska, baru senang nak buat kerja.
1st nak create bunga2 blossom yg kecik2 yg comei tu. Makan mase jugak. Tapi bila tengok hasilnye, hilang penat. Rumit & Remeh buat benda ni. Tapi kalau dh minat ape pun bleh
Harapan agar Ija sekeluarga berbahagia selalu disamping suami tersayang.

Resepi
Marshmallow
Gula Icing
Sedikit air
Sedikit pewarna

Cara2:
1. Masukkan 2 sudu air ke dalam mangkuk bersama marshmallow
2. Panaskan 1. ke dalam microwave
3. setelah marshmallow mencair, keluarkan , masukkan pewarna, kaca sebati
4. Masukkan gula icing sehingga mendapat teksture yg dikehendaki.

Selamat mencuba...