Sunday, January 17, 2010

Moist Chocolate Kek




It's eazy, yummy & delicious. Kek favorite family & anak2. Makan sekali nak lagi, ditambah pulak dengan chocolate ganache nya yang... emm.





Moist Chocolate Cake


Bahan2:
A
1 cawan coco powder
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis,
1 cawan minyak masak
1 cawan susu segar

B
3 biji telur diputar gebu

C
1 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara2 kek:
1-Satukan Bahan A, api kecik, sejukkan
2-Setelah sejuk, masukkan telur yg telah dipukul gebu
3-Masukkan bahan C
4- Kacau rata & bakar selama 30 - 45 min, dgn suhu 170

Chocolate Ganache
Bahan2:
cooking chocolate
fresh cream

- semua bahan masak secara double boiler.

Selamat Mencuba...

Tuesday, January 5, 2010

Carrot Cake



Terasa nak buat carrot cake, memandangkan bahan2 yg diperlukan ada kat dapur. 1st tima nak cuba ni. Hari tu member bawak (sample)kat office, eemmmm sedapnya.Nak makan banyak malu le pulak. Resepinya dah lama ada, tapi setiap kali nak buat, cream cheese tu manjang x de, tu yg postpone buat carrot cake.


Dah siap putar, masuk oven, tinggalkan sekejap gi kedai kek berdekatan rumah, nak beli cheese cream le (bahan yg selalu x de kat rumah). Sampai rumah kek tadi dh masak, nak sejuk dulu sebelum sapu cream cheese topping. Bab sapu menyapu ni belum pass lagi lah. Tangan keras betul.





Receipe Carrot Cake (copy from Azizah Ariffin:http://izanmann.blogspot.com)
200 g lobak merah, diparut & dikukus (kukus sekejap je. sekadar lembut sket oklah)
250 g tepung gandum
200 g gula perang 
200 g minyak jagung
(saya guna minyak masak jek)
70 g badam, dicincang (saya guna serbuk badam je....nak mudah)
*70 g kismis, dicincang
4 biji telur gred A 

*3 keping nanas dlm tin, dicincang (x dpt nenas slice, saya guna je nenas kiub. timbangan 150g...klu lebih dari 150g, kek terlebih moist/basah. ...x sedap & x cantik bila dipotong )
2 sudu teh baking powder 

1 sudu teh soda bikarbonat
secubit serbuk kulit kayu manis 
 

* - Bahan optional, saya exclude bahan2 ni kerana anak2 kurang menggemarinya








 
Cara2 (kek) :-
1)campur & gaulkan semua bahan kering (tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis). ketepikan.
2)menggunakan mixer (whisk attachment), pukul telur & gula hingga kembang.
3)masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
4)perlahankan putaran & masukkan bahan kering tadi.
5)kaup masuk lobak merah, nenas, badam & kismis. 

6)bakar dlm loyang ukuran 9 inci pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak 
7)sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.


 

Bahan2 Topping:                              

250g cream cheese                            

50g gula halus                                     
50g fresh cream                               
Cara2
- pukul semua bahan hingga gebu & sapukan pada carrot cake yg dahdisejukkan
- hias cake sesedap mata memandang.
 

Selamat mencuba
kek ready for topping




campuran bahan2 topping yg diputar gebu


dah siap!
Menjadi pulak buat carrot cake ni w/pun baru 1st time mencuba. Sesiapa yg menggemari cake ni, silalah cuba. rasanya memang sedap.

Monday, January 4, 2010

Naik Sekolah 2010

Hari ni 04/01/2010:

Hantar baby gi taska 1st. Nanti menyibuk pulak c Penguin kecik tu kat sana. Settle baby hantar Dinie pulak gi tadika Al-Hannah Education Kids. Excitednya dia.Beg sekolah masih kosong lagi. Buku sekolah cikgu bagi esok kot.Tunggu petang nanti tanya perihal sekolah barunya.

Sementara menunggu pukul 12.30 tgh, update blog dulu.Cutilah katakan. Hari tu kat slip exam ada tertulis dia dapat masuk kelas 2 Usaha. Semua buku teks & buku tulis dah tulis nama kelas tu. Nampak gayanya kena tukar pulak. Ramai ibubapa berkumpul kat depan board kat kantin sekolah. Mama pun menyelit nak tau kot-kot ada update baru.

Nasib baik mama interframe kat board tu. Ada list kelas baru. Auni dapat kelas 2 Hazim.Kelas keberapa tu yek?? lepas settle bayaran, mama tanya cikgu kelas ni kelas ke berapa?. Sebagai ibubapa, kita nak tau jugak pencapaian anak kita setakat mana.Jawapan cikgu, emmm.... kelas no 1 KOT? Aik... jawapan atas pagar lah. malas nak kacau/tanya cikgu tu lah, kat belakang barisan yg menunggu masih panjang, kesian pulak. dah la nak tunggu angka giliran punyalah lama, ada je yg interframe yg mengacau cikgu tu, bertambah lame lah menunggu.

Saturday, January 2, 2010

nEW sKIN.

Sekarang skin dh baru. Thanks to Asmara for guiding me how to do it. Belajar sekerat jalan, mane nak tau.